Pada acara MWC 2025, Doogee telah melancarkan telefon pintar baharunya iaitu V Max Play. Telefon ini dilengkapi projektor terbina dengan resolusi 480P dan fokus automatik, yang mampu memancarkan imej sebesar 100 inci untuk memberikan pengalaman seperti pawagam. Projektor ini juga disertakan dengan lampu ambien RGB bagi menambahkan elemen visual yang menarik.


Selain itu, V Max Play menawarkan skrin FHD bersaiz 6.78 inci, dijana oleh cip Mediatek 24M (MT7300) 4nm, serta dilengkapi memori RAM 12GB dan storan dalaman 512GB. Bateri 22,000mAh disediakan turut menyokong pengecasan pantas 33W dan pengecasan berbalik 15W. Kamera utamanya terdiri dengan 108MP + 8MP + 20MP dan swafoto 32MP.