Carian
Samsung Bakal Melancarkan Pesaing Apple Vision Pro Pada Tahun Ini
March 5, 2025 Aman

Samsung pada minggu ini ketika acara MWC 2025 sedia mempertontonkan set kepala realiti-gabungan mereka, dengan nama kod “Project Moohan”. Selari dengannya, pihak Samsung berkongsi mengatakan mereka akan melancarkan set kepala realiti-gabungan mereka secara komersil pada tahun ini.

Pelancaran ini sekaligus akan memprosisikan penawaran Samsung menyaingi Apple Vision Pro. Untuk makluman, sebelum ini juga Samsung sedia menawarkan set realiti-maya dibawah jenama Samsung Gear. Namun menghentikan penawaran selepas beberapa tahun.

Melalui peranti baharu Samsung ini, ia menyasarkan untuk mengabungkan dunia digital dan dunia fizikal, dan dijangka akan menjadi titik tolak sebelum penawaran kaca mata pintar mereka. Samsung turut bekerjasama dengan Google dan Qualcomm untuk penawaran ini.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan lanjut pelancaran set realiti-gabungan oleh Samsung ini pada tahun ini.

Komen