Carian
One UI 7 Akan Hadir Untuk Siri Galaxy S23, Siri Tab S10 Dan Galaxy A55 Menjelang April 2025
March 5, 2025 Aman

Samsung hari ini mengumumka mereka memperluaskan lagi ujian One UI 7 kepada lebih banyak peranti, sekaligus membolehkan pengguna peranti-peranti berkenaan menikmati ciri-ciri kecerdasan buatan melalui Galaxy AI.

Untuk tujuan berkenaan, Samsung telah memulakan ujian One UI 7 Beta, dan ditawarkan untuk Galaxy Z Fold6, Galaxy Z Flip6, selain turut akan ditawarkan untuk siri Galaxy S23, siri Tab S10 dan juga Galaxy A55.

Lanjutan ujian beta ini, Samsung menyasarkan kemaskini OneUI 7 untuk peranti-peranti berkenaan hadir menjelang April 2025 kelak. Kemaskini dijangka diperkenalkan secara berperingkat mengikut negara.

Komen