Garmin Approach S50 kini di Malaysia dan dijual pada harga RM1,999. Ia dilancarkan sebagai tambahan baharu dalam barisan jam tangan golf Garmin. Antara yang menjadi tumpuan terdapatnya fungsi pemantauan kecergasan terkini bersama GPS terbina. Selain menawarkan sambungan pintar dengan aksesori golf Garmin yang lain untuk pengalaman penggunaan lebih baik.


Approach S50 hadir dengan skrin 1.2″ (30.4 mm) AMOLED dengan keupayaan Always-on-Display. Ini dipadankan dengan tubuh yang lebih ringan bersama butang dua butang fizikal di bahagian sisi. Pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan turut disediakan bagi tujuan pemantauan harian. Selain itu disediakan juga fungsi PlaysLike Distance yang boleh memberi cadangan untuk jarak pukulan lebih tepat dengan mengambil kira beberapa faktor seperti keadaan bentuk muka bumi, cuaca dan lain-lain.


Bateri digunakan boleh bertahan hingga 10 hari dengan mod jam tangan pintar, dan 15 jam apabila mod GPS digunakan dengan kerap. Fungsi lain yang turut melengkapi jam tangan ini adalah penarafan kalis air 5ATM yang bermakna boleh dibawa berenang, berserta Garmin Pay yang membolehkan pengguna melakukan pembayaran secara nirwayar.