Cari @ Amanz

Nubia Focus 2 Ultra Mempunyai Gelung Kamera Yang Boleh Diputar

Link Copied!

Nubia telah melancarkan telefon terbarunya Focus 2 Ultra dengan gelung kamera yang boleh diputar. Ia boleh digunakan untuk beberapa perkara termasuk melaraskan zum dan aperature pada kamera. Selain itu mempunyai  butang pengatup dan butang lungsur khusus untuk pelbagai kegunaan, termasuk membuka aplikasi kamera, mengaktifkan perakam audio, atau menyalakan lampu suluh.

Sistem kamera pada peranti terdiri dengan 50MP bersaiz 1/1.55” (f/1.47) manakala kamera swafoto sebesar 32MP. Telefon ini juga menggunakan skrin AMOLED FHD+ 6.8″ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Unisoc Tiger T760 dan storan dalaman 256GB. Bateri 5,000mAh disediakan juga menyokong sistem pengecasan pantas 33W.


Komen ()