Carian
Pandang Pertama Siri Nothing Phone (3a) – Penanda Aras Untuk Kelas Pertengahan
March 6, 2025 Fahim Zahar

Tahun lepas, siri Phone (2a) adalah peranti Nothing yang paling popular dan paling laris. Disebabkan itu, mereka mempercepatkan pengenalan siri Phone (3a) yang dikatakan adalah lebih 90% lebih hebat berbanding generasi lepas. Dengan ramai yang menantikan Nothing Phone (3), adakah Phone (3a) dan Phone (3a) Pro yang baru dilancarkan sudah memadai?

SPESIFIKASI DAN REKAAN

Nothing Phone (3a) ProNothing Phone (3a)
Skrin6.77” flexible AMOLED
Panda Glass
1080 x 2392
120Hz
1000 Hz touch sampling rate
3000 nits
6.77” flexible AMOLED
Panda Glass
1080 x 2392
120Hz
1000 Hz touch sampling rate
3000 nits
PemprosesanQualcomm Snapdragon 7s Gen 3 (4nm)Qualcomm Snapdragon 7s Gen 3 (4nm)
Cip1x 2.5 GHz Cortex-A720
3x 2.4 GHz Cortex-A720
4x 1.8 GHz Cortex-A520
1x 2.5 GHz Cortex-A720
3x 2.4 GHz Cortex-A720
4x 1.8 GHz Cortex-A520
GPUAdreno 710Adreno 710
RAMSehingga 12GB LPDDRR5x
8GB Memori maya
Sehingga 12GB LPDDRR5x
8GB Memori maya
StoranSehingga 256GB UFS 4.0Sehingga 256GB UFS 4.0
Kamera Utama50MP (Lebar), f/1.88, OIS & EIS, 2x zum dalam sensor
50MP (Periskop), f/2.55, OIS & EIS, 3x zum optikal, 6x zum dalam sensor, 60x Ultra Zoom
8 MP (Ultra Lebar), f/2.2
50MP (Lebar), f/1.88, OIS & EIS, 2x zum dalam sensor
50MP (Periskop), f/2.55, OIS & EIS, 2x zum optikal, 4x zum dalam sensor, 30x Ultra Zoom
8 MP (Ultra Lebar), f/2.2
Kamera Hadapan50 MP f/2.232 MP f/2.2
Bateri5000 mAh
Pengecasan berwayar 50W
5000 mAh
Pengecasan berwayar 50W
SIM/TelefoniDwi SIM/5GDwi SIM/5G
NFCYaYa
Bicu AudioTiadaTiada
Kalis AirIP64IP64
Sistem ImbasanCap jari bawah skrin jenis optikalCap jari bawah skrin jenis optikal
HargaHarga Malaysia belum diumumkanHarga Malaysia belum diumumkan

Kedua-dua Nothing Phone (3a) dan Phone (3a) Pro adalah peranti yang sama. Membezakan dua peranti adalah rekaan dan kamera yang sedikit berbeza pada model Pro. Misalnya pada skrin, masing-masing menggunakan panel Flexible AMOLED bersaiz 6.77″ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia turut menyokong kadar pensampelan mencapai 1000Hz dalam mod permua, mempunyai kecerahan mencapai 3,000 nits, menyokong paparan HDR10+ tetapi tiada sokongan DRM untuk Netflix dan Prime Video. Nothing memberikan pengalaman skrin yang hampir mercu, membuatkan pengalaman penggunaan sangat memuaskan.

Tahun ini, Nothing bekerjasama dengan Snapdragon pula selepas Phone (2a) menggunakan cip khas MediaTek Dimensity. Cip pilihan adalah Snapdragon 7s Gen 3 dengan memori dan storan yang boleh mencapai 12GB RAM + 256GB storan dalaman. Nothing inginkan kemampuan pemprosesan AI oleh Snapdragon untuk mengendalikan ciri Essential Space dan juga kamera 50MP mereka.

Rekaan kedua-dua peranti ini adalah evolusi kepada rekaan Phone (2a). Mereka mengambil elemen popular dan digemari ramai, mengubahnya dengan susun atur baharu yang nampak kemas, seksi dan sangat cantik berbanding peranti pesaing. Rekaan rata di sekeliling, skrin juga rata, bentuk adalah kotak yang selesa dipegang, tubuh adalah aluminium dengan panel belakang pula kaca dan tidak lupa dengan bonggol kamera yang nampak unik dan aneh kerana susunannya. Nothing turut masih mengekalkan Glyph mereka untuk penggunaan notifikasi tanpa obsesi kepada skrin.

Siri Nothing Phone (3a) kali ini menggunakan penarafan kalis air dan debu IP64 berbanding IP54 pada Phone (2a). Di bahagian bawah terdapat speaker, port USB-C, slot kad sim dan mikrofon. Di atas ada mikrofon yang kedua, di sisi kiri ada butang aras suara dan di sisi kanan, selain butang kuasa terdapat butang terbaru yang dinamakan Essential Key dengan kemasan berkilat untuk digunakan bersama ciri AI baharu.

KAMERA

Antara perubahan terbesar untuk siri Nothing Phone (3a) ialah dari segi sistem kameranya. Pada kali ini Nothing telah menambah satu lagi sensor iaitu telephoto pada Phone (3a) dengan kemampuan zum optikal 2X dan sensor periskop zum optikal 3x pada Phone (3a) Pro. Masing-masing menggunakan saiz 50MP dan membenarkan pengguna untuk merakan subjek jarak jauh dengan kualiti terpelihara, HDR yang dinamik serta penghasilan warna terbaik dengan TrueLens Engine 3.0.

Ini merupakan kali pertama Nothing menyertakan lensa telephoto pada perantinya dan kehadiran lensa telephoto ini membuatkan peranti daripada Nothing ini semakin serba boleh untuk kemampuan fotografi. Untuk percubaan awal, lensa telephoto pada kedua-dua peranti ini berjaya meninggalkan kesan yang baik setelah mencubanya. Namun apakah hasil selepas penggunaan jangka masa panjang, masih belum diketahui.

Phone (3a) Pro

Phone (3a)

PENGALAMAN PENGGUNAAN

Untuk penggunaan dalam masa yang singkat, saya boleh katakan yang siri Nothing Phone (3a) ini lebih versatil dan seronok untuk digunakan. Menerusi Nothing OS 3.1 berasaskan Android 15 digabungkan dengan cip Snapdragon 7s Gen 3 ia memang memberikan pengalaman yang baik dan lancar. Rekaan ikon yang menampakkan identiti Nothing, serta tiada sebarang aplikasi gendut dan iklan.  

Nothing kali ini memberikan tumpuan kepada AI dengan ciri Essential Space. Terdapat butang khas yang dinamakan Essential Key menyeru aplikasi AI ini. Essential Space ini seakan memori kedua untuk pengguna di mana ia juga boleh dijadikan sebagai had menguruskan lambakan tangkapan layar. Tangkapan skrin yang dibuat melalui Essential Key ini membenarkan pengguna tambah nota atau merakam suara. Hasil akhir di dalam Essential Space adalah tangkapan layar akan mempunyai rumusan dan peringatan untuk pengguna melakukan langkah seterusnya.

Di dalam Essential Space, kesemua tangkapan skrin akan disusun dan AI akan menjana rumusan daripada tangkapan skrin yang dibuat. Pembeli siri Nothing Phone (3a) akan mendapat akses awal kepada ciri Essential Space. Buat masa ini, saya masih lagi bereksperimen dengan ciri terbaru ini dan akan diulas dengan lebih lanjut dalam ulasan akan datang. 

Di dalam aplikasi kamera juga terdapat ciri baru iaitu Preset. Ciri ini membolehkan pengguna menggunakan beberapa preset yang sedia ada seperti lenticular untuk mengambil gambar. Selain itu, pengguna juga boleh mencipta preset sendiri mengikut tetapan yang diinginkan. Saya rasakan ciri ini agak berguna untuk mengambil gambar terutama sekali kepada peminat fotografi.

KESIMPULAN

Siri Nothing Phone (3a) ini sememangnya membawa penambahbaikan yang baik daripada generasi sebelumnya. Kualiti binaan dengan gabungan kaca dan bingkai aluminium membuatkan peranti ini terasa premium dan selesa di tangan. Penggunaan cip Snapdragon 7s Gen 3 bukanlah yang terhebat dalam kelasnya namun ia sangat lancar dengan bantuan Nothing OS 3.1. Tambahan sensor telephoto dan periskop pada kedua-dua peranti yang membuatkan siri Nothing Phone (3a) ini serba boleh.

Kedua-dua peranti sudah pun disahkan akan tiba ke pasaran Malaysia. Harga jualan dan tarikh pelancaran akan diumumkan dalam masa terdekat. Jika anda tidak mahu menantikan peranti mercu Phone (3), setakat penggunaan ringkas ini kami bersetuju yang Phone (3a) dan Phone (3a) Pro layak menjadi penanda aras bagi peranti kelas pertengahan. Jadi, anda ingin beli yang mana?

@tokamanz

Nothing dah kembali dengan siri Nothing Phone (3a) dengan pelbagai penambahbaikan yang lagi menarik dan gempak. NothingPhone(3a) NothingPhone(3a)Pro #Nothing

♬ original sound – Amanz – Amanz

PRO DAN KELEBIHAN

  • Rekaan yang mengekalkan identiti tetapi nampak segar.
  • Prestasi hebat dengan Nothing OS 3.1.
  • Kemampuan kamera di luar jangkaan untuk peranti kelas pertengahan.

KONTRA DAN KEKURANGAN

  • Tiada sokongan pengecasan nirwayar atau Qi2.
  • Perlindungan air dan debu terhad kepada IP64, bukan IP69 atau IP69.
  • Kemas kini perisian masih 3+4 tahun sahaja.

*Penafian! Pandang pertama ini ditulis oleh pelatih Amanz, Amzari dengan teks tambahan oleh Fahim

Komen