Facebook sebelum ini sedia mengumumkan mereka akan mula mengimplementasi kaedah baharu dalam pengurusan video siaran langsung pada platform Facebook, dimana video Facebook Live akan dipadam selepas 30 hari.

Lanjutan daripadanya, kini pihak Facebook turut telah memaklumkan kepada semua pengguna di platform mereka, dimana video-video Facebook Live sebelum ini akan mula dipadam bermula 26 Jun 2025 kelak. Pengguna yang mempunyai video Facebook Live boleh memilih untuk memuat-turunnya sekiranya ingin menyimpan, atau membiarkannya sahaja sekiranya ingin dipadam sepenuhnya.
Bagi anda yang sering aktif membuat siaran langsung di Facebook, boleh menyemak laman khusus yang disediakan untuk mula memuat-turun video-video Facebook Live anda yang lama sebelum ia hilang begitu sahaja.