Apple hari ini mengumumkan cip Apple M3 Ultra, sekaligus menjadikan ia cip yang paling berkuasa dari segi CPU dan GPU pada Mac. Cip ini hadir dengan penawaran sehingga 32-teras, menggabungkan 24 teras prestasi dan lapas teras efesien.

Disamping itu, ia menyertakan sehingga 80 teras grafik bersama dengannya. Secara keseluruhan, prestasi cip ini dilihat lebih berkuasa berkali ganda berbanding dengan cip M2 Ultra sebelum ini.
Apple turut memberikan fokus terhadap teras Neural Engine pada cip ini, dimana ia menyertakan sokongan 32-teras, sekaligus membolehkan operasi pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan yang lebih lancar menggunakannya.
Cip M3 Ultra ini juga turut menyokong memori sehingga 512GB untuk digandingkan bersama dengannya. Selain itu, cip ini turut menawarkan sokongan Thunderbolt 5, sesuai untuk pemindahan fail dan data yang besar dengan lebih pantas.
Penggunaan cip ini juga membolehkan sehingga 8 paparan Pro Display XDR digandingkan bersama-sama. Peranti pertama yang hadir menggunakan cip ini adalah Mac Studio yang turut dilancarkan Apple pada hari ini.