Carian
Apple Mac Studio Berspesifikasi Paling Tinggi Berharga RM60,924 – 512GB RAM Dan 16TB SSD
March 5, 2025 Aman

Apple hari ini telah memperkenalkan Mac Studio yang hadir dengan pilihan cip M4 Max dan juga M3 Ultra – bersesuaian dengan keperluan pemprosesan berasaskan tugasan. Ia ditawarkan pada harga bermula RM8999, dan memberikan pilihan untuk pengguna menaik-taraf spesifikasi mengikut keperluan.

Untuk pasaran Malaysia, Mac Studio masih belum ditawarkan lagi, tetapi anda sudah boleh menyemak harga melalui laman rasminya. Melalui semakan kami, spesifikasi paling tinggi, iaitu dengan memori mencapai 512GB RAM, storan sehingga 16TB SSD, dan cip M3 Ultra yang lebih berkuasa, ia disenaraikan pada harga RM60,924.

Untuk pilihan M4 Max dengan pilihan spesifikasi maksima, iaitu 128GB RAM dan 8 TB storan, ia pula hadir pada harga RM25,574.

Buat masa ini, Apple belum menyatakan lagi bilakah Mac Studio akan ditawarkan di Malaysia secara rasminya.

Komen