Carian
Amazon Menguji Ciri Alih-Suara Dikuasakan AI Pada Prime Video
March 6, 2025 Aman

Amazon Prime Video merupakan salah satu perkhidmatan penstriman yang menawarkan akses kepada sejumlah koleksi filem dan juga siri-tv. Ia menawarkan kandungan pelbagai bahasa melaluinya, dan ada yang turut menawarkan sokongan dalam pilihan bahasa yang diinginkan pengguna.

Terbaru, dalam memastikan kandungan ditawarkan dalam pelbagai bahasa mengikut pilihan pengguna, Amazon mengumumkan mereka akan memulakan ujian alih-suara dikuasakan kecerdasan buatan untuk kandungan di Prime Video.

Untuk fasa permulaan, Prime Video akan menawarkan alih-suara dalam Inggeris dan Sepanyol untuk 12 filem dan siri-tv di platform berkenaan. Sekiranya ia menerima maklumbalas positif, tidak mustahil kita melihat Prime Video memperluaskan penggunaan sokongan alih-suara ini dengan lebih meluas pada perkhidmatan penstriman mereka.

Komen