Carian
Vivo V50 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 13 Mac 2025
March 6, 2025 Amy Maizuraa

Vivo dilihat berkongsi tarikh pelancaran rasmi untuk telefon terbarunya V50 di Malaysia. Ia dijadualkan berlangsung pada 13 Mac depan dan boleh ditonton bersama melalui beberapa saluran rasmi termasuk YouTube.

Bertemakan ZEISS Potrait So Pro menunjukkan vivo memperkukuhkan komitmen dalam menyediakan pengalaman fotografi mudah alih yang menarik. Mereka juga membuat perubahan menarik dengan menawarkan sistem kamera ZEISS pada model standard berbanding sebelum ini hanya tertumpu pada versi pro semata.

Seperti yang pernah dikongsikan dalam video pandang pertama amanz di bawah, peranti baharu ini menawarkan sehingga tiga kamera beresolusi 50MP ZEISS. Di mana dua daripadanya digunakan pada bahagian belakang manakala selebihnya diletakan pada kebolehan tangkapan swafoto.

Terdapat juga ciri ZEISS Multifocal Portrait yang menyediakan sehingga tiga jarak tangkapan iaitu 23mm, 35mm dan 50mm. Selain itu ZEISS Style Bokeh pula boleh mencantikkan latar belakang dengan pelbagai kesan yang menarik.

Pilihan warna disediakan juga menarik terutamanya Ancora Red yang menampakkan nilai premium dan eksklusif dalam satu pakej. Spesifikasi penuh masih belum didedahkan dan hanya diketahui selepas pelancaran rasminya pada minggu hadapan.

Komen