Carian
Bolt Executive Diperkenalkan Di Malaysia – Seru-Pandu Menggunakan Toyota Vellfire Dan Alphard
March 6, 2025 Aman

Bolt telah diperkenalkan sekitar November 2024 lepas, dan sejak pengenalan, ia telah berkembang dari segi pengguna dan pemandunya secara berperingkat. Terbaru, kini Bolt turut memperkenalkan perkhidmatan terbaru mereka, dinamakan Bolt Executive.

Bolt Executive memfokuskan kepada pengalaman seru-pandu ke destinasi yang premium dan berkualiti tinggi. Pengguna yang melakukan tempahan akan menerima kenderaan MPV mewah untuk ke destinasi, terdiri daripada Toyota Vellfire dan Toyota Alphard.

Turut dikongsikan pihak Bolt, sejak pelancaran di Malaysia, mereka telah membayar lebih RM22.8 juta kepada rakan pemandu mereka. Bolt turut mengambil kadar komisen serendah 15%, lebih rendah berbanding kebiasaan industri yang mengambil kadar komisen sebanyak 20%.

Pihak Bolt sendiri menawarkan diskaun untuk pemanduan, dan daripada ujian kami sendiri, harga di Bolt adalah lebih rendah daripada Grab ke sejumlah destinasi, terutamanya ketika waktu puncak.

Komen