Carian
Realme Beri Bayangan Kehadiran Realme 14 Pro Untuk Pasaran Malaysia
March 6, 2025 Amy Maizuraa

Realme telah memberi bayangan bahawa telefon terbarunya Realme 14 Pro akan hadir ke pasaran Malaysia. Semakan kami juga mendapati peranti itu telah muncul dalam pangkalan data SIRIM sejak 4 Februari yang lepas. Ia juga dijangka akan dilancarkan bersama beberapa model dalam siri Realme 14.

Realme 14 Pro telah memasuki pasaran global pada MWC 2025. Ia menarik dengan panel belakang yang boleh bertukar warna apabila terdedah pada suhu yang sejuk. Secara teori, teknologi ini menggunakan Pigmen Thermochromic yang bertindak balas terhadap perubahan suhu. Apabila suhu turun di bawah 16°C maka panel belakang telefon ini akan berubah daripada warna putih Mutiara menjadi biru terang. Apabila suhu meningkat pula, ia Kembali menjadi warna asalnya.

Skrin digunakan sejenis OLED FHD+ sebesar 6.77-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana oleh cip Dimensity 7300 Energy bersama pilihan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Bateri 6000mAh disediakan menyokong pengecasan pantas 45W. Kamera utama terdiri daripada 50MP Sony IMX882 OIS + 2MP monokrom, manakala kamera swafoto sebesar 16MP.

Komen