Maybank Kini Menggantikan Penggunaan Kod MSOS Dengan Secure2u Untuk Transaksi Kad Atas-Talian
March 6, 2025
Kewangan
Aman
Maybank kini memaklumkan, berkuat-kuasa hari ini, 6 Mac 2025, semua transaksi kad atas-talian akan memerlukan pengesahan melalui Secure2u, dan tidak lagi akan menggunakan kod MSOS (berasaskan SMS).

Dengan langkah ini, sekiranya anda melakukan transaksi menggunakan kad kredit atau debit atas-talian, anda akan perlu mengesahkannya menggunakan Secure2u pada aplikasi MAE.
Maybank mengatakan perubahan ini adalah dalam terus menambah-baik keselamatan transaksi atas-talian untuk penggunanya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.