Acer merupakan jenama yang tidak asing dalam arena penawaran perkomputeran. Kebelakangan ini, mereka turut menambah penawaran peralatan elektrik gaya hidup, termasuk dapur elektrik dibawah jenama Acerpure. Tidak setakat itu, kini, Acer mengacah pengenalan telefon pintar baharu di India.

Untuk makluman, Acer sebelum ini pernah menawarkan telefon pintar, namun menghentikan penawaran mereka selepas beberapa tahun.
Kini, Acer telah mula mengacah pengenalan telefon pintar di India, dijadualkan pada 25 Mac 2025. Buat masa ini, tiada maklumat berkenaan penawaran peranti ini. Sama-sama kita nantikan pengenalan telefon pintar oleh Acer ini, dan melihat sama ada ia akan turut ditawarkan di luar India atau sebaliknya.