Carian
Oppo Find X8 Ultra Boleh Dicas Penuh Dari 0% Ke 100% Dalam 35 Minit
March 6, 2025 Aman

Oppo kini dalam persediaan untuk pelancaran telefon pintar mercu terbaru tahun 2025 di China, iaitu Oppo Find X8 Ultra. Ia dijadualkan di perkenalkan sekitar bulan April kelak untuk pasaran China, dan selari dengannya, beberapa maklumat awal telah mula dikongsikan.

Mengikut perkongsian pihak Oppo, Find X8 Ultra akan menawarkan sokongan pengecasan 100W melaluinya. Dengan pengecasan ini, ia membolehkan peranti dicas penuh dari 0% ke 100% dalam masa hanya 35 minit sahaja.

Mengikut desas-desus awal, telefon berkenaan dijangka menggunakan bateri berkapasiti 6000mAh. Dengan kelajuan berkenaan, ia mungkin memposisikan peranti Oppo antara yang terpantas dalam pengecasan – hasil penggunaan bateri dwi-sel.

Selain pada bateri, Oppo Find X8 Ultra dijangka menawarkan lebih banyak perkara melaluinya, termasuk sokongan kamera dan spesifikasi tinggi. Sama-sama kita nantikan pengenalan peranti ini di China. Tidak diketahui sama ada ia akan dipasarkan di luar China atau sebaliknya.

Komen