Carian
Tiada Perbincangan Jual-Beli Operasi TikTok Bersama Bytedance Sehingga Kini
March 7, 2025 Aman

Pelbagai pihak sedia menyatakan hasrat untuk membeli operasi TikTok di Amerika Syarikat – selari arahan kerajaan negara tersebut yang inginkan operasi TikTok di jual, kerana terdapat kaitan dengan China. Antara pihak yang telah menyatakan hasrat adalah Amazon, Microsoft, Oracle dan juga sejumlah pelabur lain termasuk pengasas Reddit dan juga MrBeast.

Walaubagaimanapun, mengikut laporan, setakat ini, tiada sebarang perbincangan yang dilakukan bersama pemilik TikTok, iaitu ByteDance.

Disamping itu, ia juga dikatakan masih keliru siapakah dibawah pentadbiran Amerika Syarikat yang akan menerajui perbincangan berkenaan jual-beli operasi ini.

ByteDance sendiri senyap setakat ini, dan terdapat beberapa desas-desus mengatakan mereka turut boleh memilih untuk menutup sepenuhnya operasi di Amerika Syarikat, tanpa menjualnya kepada siapa-siapa.

Amerika Syarikat memberikan tarikh sehingga 5 April kelak untuk menentukan nasib TikTok, dan ia dijangka tempoh berkenaan perkara ini tidak akan dipanjangkan lagi.

Komen