Carian
Apple Diberikan 90 Hari Untuk Membenarkan Pemasangan Aplikasi Secara Muat-Sisi Di Brazil
March 7, 2025 Effi Saharudin

Apple telah diberikan masa 90 hari oleh mahkamah di Brazil untuk membenarkan proses pemasangan aplikasi secara muat-sisi (sideload). Sebelum ini arahan telah diberikan oleh mahkamah memihak kepada Majlis Pentadbiran untuk Pertahanan Ekonomi (CADE) yang mengatakan Apple menggunakan kedudukan dominan mereka untuk mengusai pasaran aplikasi sehingga dilihat tidak membenarkan persaingan. Ini menurut pandangan CADE adalah tidak adil kepada pembangun Brazil yang perlu membayar 30% bayaran aplikasi kepada Apple kerana menggunakan ekosistem App Store.

Injunksi telah dikenakan pada Disember tahun lalu untuk menghalang penguatkuasaan arahan asal. Mahkamah kali ini mengatakan Apple membenarkan stor pihak ketiga di Kesatuan Eropah (EU) bagi mematuhi DMA tahun lalu tanpa sebarang impak negatif kepada perniagaan mereka.

Apple mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan mereka “bimbang bahawa langkah sementara yang dicadangkan oleh CADE akan menjejaskan privasi dan keselamatan pengguna dan berhasrat untuk merayu keputusan hari ini”

Komen