Carian
Instagram Berkongsi Lanjut Berkenaan Ciri-Ciri Pada Aplikasi Edits
March 7, 2025 Amy Maizuraa

Aplikasi suntingan terbaru Instagram Edits dilihat semakin menghampiri pelancarannya. Kini Instagram berkongsi lebih banyak maklumat mengenai apa yang bakal ditawarkan dalam aplikasi berkenaan.

Seperti yang diperlihatkan aplikasi Edits kelak membolehkan pengguna mengurus pelbagai projek video sekali gus mengakses semuanya dengan mudah melalui tab Projects. Ia juga mempunyai alat suntingan Cutouts yang membolehkan pengguna mengasingkan elemen tertentu dalam mana-mana klip video. Dalam masa yang sama, Instagram juga menyediakan pratonton (preview) tag Made with Edits yang akan dipaparkan pada klip video yang dimuat naik secara terus ke aplikasi Instagram.

Dengan ini, Instagram dilihat menawarkan pelbagai ciri yang memudahkan penghasilan kandungan menarik. Nantikan pelancaran rasminya bagi melihat dengan lebih mendalam apa yang bakal ditawarkan. Bagi pengguna iPhone, anda boleh melakukan pratempahan untuk Edits di App Store hari ini.

Komen