Carian
Meta Menyasarkan Ejen AI Akan Lebih Berasaskan Perbualan Suara – Bukan Berasaskan Teks
March 7, 2025 Aman

Mark Zuckerberg sedia memfokuskan kepada pembangunan kecerdasan buatan dibawah Meta, dan mengatakan Meta AI sedia digunakan lebih 500 juta pengguna seluruh dunia. Bergerak ke hadapan, Mark Zuckerberg dilihat ingin memfokuskan kepada input berasaskan suara, berbanding teks.

Ia dikatakan Meta menyasarkan pada masa akan datang, pelbagai ejen dikuasakan AI akan lebih bersifat dalam bentuk perbualan suara, berbanding berasaskan kepada teks. Untuk tujuan tersebut, Meta dijangka memperkenalkan penaik-tarafan dari segi fungsi input dan output suara pada model bahasa raya akan datang mereka, Llama 4.

Meta dijangka memperkenalkan Llama 4 dalam masa beberapa minggu lagi. Mengikut beberapa sumber dalaman, Meta memfokuskan kepada ciri perbualan antara manusia dan AI, dalam bentuk perbualan yang semulajadi. Ini sekaligus membolehkan perbualan terganggu, dan konteks perbualan boleh disambung tanpa sebarang kata kunci khusus.

Melalui interaksi suara yang dirancang ini juga, ia turut akan lebih melengkapkan penawaran kaca mata pintar mereka.

Untuk tahun ini, Meta dikatakan mempunyai sejumlah perancangan dalam terus menerajui arena kecerdasan buatan, termasuk melihat kepada penawaran Meta AI berbayar, selain pengenalan ejen AI yang boleh melakukan sejumlah tugasan di web, termasuk pengenalan ciri janaan video. Selain itu, meta juga sedang membangunkan ejen AI yang boleh menyelesaikan masalah pengaturcaraan dan jurutera tahap pertengahan.

Dengan persaingan sengit dalam arena kecerdasan buatan, sama-sama kita nantikan apakah kejutan seterusnya Meta melalui Llama 4 kelak.

Komen