Carian
Apple Mengesahkan Sejumlah Ciri Berasaskan AI Pada Siri Ditangguhkan Ke Tahun Hadapan
March 8, 2025 Aman

Apple nampaknya menghadapi cabaran dalam pembangunan Siri yang lebih pintar berasaskan kecerdasan buatan. Terbaru, Apple mengesahkan mereka mengalami penangguhan kepada sejumlah ciri pada Siri yang sedia diumumkan, dan menyasarkan pengenalannya pada tahun hadapan.

Sebelum ini, Apple telah mengacah pengenalan Siri yang boleh memahami konteks, selain boleh melakukan arahan rentas aplikasi. Namun, nampaknya Apple masih belum berjaya membangunkan ciri berkenaan sepenuhnya, dan kini perlu menangguhkan pengenalannya.

Sebelum ini sendiri, telah hadir beberapa laporan mengatakan Apple menghadapi cabaran dalam pembangunan Siri generasi baharu ini, dan ini kali pertama Apple mengesahkannya secara rasmi.

Perkara ini mungkin mengecewakan ramai, apatah lagi fungsi Siri pintar ini diumumkan pada pertengahan 2024, dan kini disasarkan hanya pada tahun 2026 kelak. Sebelum ini juga, Apple Intelligence sedia menghadapi masalah dalam merumuskan kandungan, dan dikritik ramai.

Komen