Carian
Microsoft Sedang Membangunkan Model AI Tersendiri Dalam Menyaingi OpenAI – Dinamakan MAI
March 8, 2025 Aman

Microsoft sebelum ini sedia memperkenalkan perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan mereka dengan menggunakan teknologi dikuasakan OpenAI. Namun, bergerak kehadapan, Microsoft dilihat percaya mereka perlu mempunyai penawaran mereka tersendiri, dan kini sedang membangunkan model kecerdasan buatan tersendiri.

Menurut laporan Bloomberg, Microsoft sedang membangunkan model mereka tersendiri, dan ia kini menghasilkan hasil dan keputusan setara dengan produk penawaran OpenAI dan juga Anthropic. Model berkenaan dinamakan MAI, dan boleh menguasakan penawaran CoPilot oleh Microsoft. Langkah ini juga membolehkan Microsoft mengurangkan kebergantungan terhadap OpenAI.

Mengikut perjanjian sebelum ini, Microsoft sedia melabur sejumlah $13 bilion pada OpenAI, disamping turut mempunyai perjanjian sehingga 2030 kelak. OpenAI sendiri sebelum ini turut mengumumkan kerjasama dengan Apple, dan menawarkan model ChatGPT pada iOS dan juga macOS. Dengan membangunkan model AI tersendiri, Microsoft dilihat akan mempunyai lebih kawalan, dan tidak bergantung kepada hanya satu pihak bergerak ke hadapan.

Komen