Carian
Pembangun Cursor Kini Dinilaikan Sekitar $10 Bilion – Penyedia Pembangunan Aplikasi Berasaskan AI
March 8, 2025 Aman

Cursor merupakan salah satu aplikasi atau perkhidmatan yang tidak asing dalam kalangan para pembangun, dimana ia menawarkan sokongan berasaskan kecerdasan buatan janaan dalam mempercepatkan pembangunan dan pengaturcaraan.

Terbaru, syarikat disebaliknya, Anysphere dikatakan dalam perbincangan untuk meraih suntikan dana pada nilai syarikat mencapai $10 bilion. Suntikan dana baharu yang sedang diraih dilihat dalam nilai ratusan juta dolar. Ia dikatakan syarikat berkenaan sedia mengumpulkan pendapatan melangkaui $100 juta dalam 12 bulan terakhir.

Pada hari ini, sejumlah pengaturcara sedia menggunakan perisian berasaskan kecerdasan buatan seperti Cursor dalam pembangunan produk mereka. Selain Cursor, beberapa perkhidmatan lain turut menjadi fokus ramai, termasuk penawaran daripada Microsoft sendiri melalui GitHub CoPilot.

Komen