Selain pembangunan model AI sendiri dinamakan MAI, Microsoft kini turut diperkatakan sedang menguji integrasi model kecerdasan buatan lain pada penawaran CoPilot mereka. Antara model yang diuji adalah termasuk xAI, Meta dan juga DeepSeek.
Ujian ini dilihat sebagai ganti kepada model ChatGPT yang menguasakan CoPilot pada hari ini. Microsoft juga dilihat ingin mengurangkan kebergantungan kepada OpenAI, disamping pada masa yang sama menawarkan lebih pilihan kepada pengguna.
Pada awal pengenalan integrasi ChatGPT sendiri, ramai sedia menjangkakan yang mana Microsoft kelak akan menawarkan pilihan melalui halaman tetapan untuk membolehkan pengguna mengubah model kecerdasan buatan mengikut pilihan pengguna.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan menawarkan pilihan model berbeza pada CoPilot ini untuk pengguna mahupun untuk perusahaan.