Carian
Anda Kini Boleh Menyiarkan Kandungan Telegram Dengan Google Cast
March 9, 2025 Amy Maizuraa

Telegram telah memperkenalkan beberapa kemas kini baharu untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Antaranya ialah sokongan Google Cast (Chromecast) pada peranti Android yang membolehkan pengguna menonton video kegemaran di skrin besar dengan mudah. Melaluinya, pengguna hanya perlu membuka video, mengetik ikon tetapan dan memilih Chromecast untuk memulakan tontonan.

Selain itu, Telegram juga membolehkan pengguna menetapkan bayaran bagi mesej daripada individu yang bukan daripada senarai kenalan mereka. Ciri ini bukan sahaja bantu mengawal peti masuk dengan lebih baik, tetapi juga menawarkan peluang untuk mendapatkan ganjaran daripada mesej yang diterima.

Sebagai tambahan, Telegram memperkenalkan ciri keselamatan baharu yang memaparkan maklumat pengirim mesej pertama. Ciri berkenaan membolehkan pengguna mengenal pasti, serta menyemak identiti individu yang tidak dikenali terlebih dahulu sebelum perbualan diteruskan. Pastikan anda mengemas kini aplikasi untuk menikmati semua ciri baharu ini.

Komen