Kojima Productions menerbitkan treler terkini permainan mereka Death Stranding 2: On the Beach pagi tadi dan mendedahkan ia akan dilancarkan pada 26 Jun depan. Permainan ini cukup dinantikan kerana ia sekali lagi diarahkan oleh Hideo Kojima serta menyambung jalan cerita Death Stranding yang dilancarkan pada tahun 2019.
Treler terkini mendedahkan nama beberapa watak yang dilakonkan oleh Dakota Fanning, George Miller. dan Luca Marinelli. Ia turut mendedahkan lebih banyak plot utama Death Stranding 2 yang selama ini agak misteri dengan treler sebelum ini tidak menjelaskan apa yang berlaku selepas usainya permainan pertama.

Terdapat beberapa elemen easter egg dimasukkan ke dalam treler sepanjang 10 minit ini. Kami tidak akan menyentuhnya di sini tetapi peminat Hideo Kojima pasti akan menyukai apa yang diperlihatkan buat pertama kalinya. Pada ketika ini hanya versi PlayStation 5 akan dilancarkan pada 26 Jun dengan versi lain pastinya akan diumumkan ke a satu tarikh yang lain.
Bagi yang berminat pratempahan Death Stranding 2: On the Beach akan dibuka bermula 17 Mac dengan versi Collector’s Edition ditawarkan bersama sebuah patung setinggi 15″, figura mini 3″, surat daripada Kojima, beberapa keping cetakan lukisan, dan beberapa barangan unik yang boleh digunakan dalam permainan .