Apple Dilaporkan Kini Aktif Dalam Pembangunan AirPods Dilengkapi Kamera
Aman
Apple kini dilaporkan sedang aktif dalam membangunkan sebuah variasi baharu AirPods, iaitu hadir dilengkapi dengan kamera terbina. Dengan langkah ini, apabila pengguna memakainya, selain memainkan audio, kamera berkenaan turut boleh digunakan untuk memahami dunia sekeliling, sekaligus memberikan konteks lebih baik apabila bertanyakan kepada Apple Intelligence berkenaan sesuatu perkara melibatkan persekitaran.
Secara kasar, ia dilihat sebagai alternatif pantas oleh Apple kepada kaca mata pintar yang ditawarkan oleh pesaing lain. Untuk makluman, sebelum ini, Apple telah memperkenalkan ciri khusus dinamakan Visual Intelligence, membolehkan pengguna mendapatkan maklumat berasaskan kepada persekitaran mereka. AirPods dengan kamera dijangka mengintegrasikan sokongan ini padanya.
Walaubagaimanapun, peranti ini dijangka tidak akan diperkenalkan sehingga 2027 kelak – iaitu sekitar dua tahun lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.