Setiap kali saya membuka Threads, pasti akan ada perkongsian yang sangat bermanfaat atau yang benar-benar lucu sehingga membazir masa kerana lalai. Amat sukar untuk saya hadkan cara saya berinteraksi sehinggalah kedengaran khabar yang kelak pengguna boleh tambah topik diminati terus pada profil.

Ciri ini membenarkan pengguna tambah topik perbincangan yang diminati untuk lebih mudah berhubung dengan pengguna yang yang mempunyai minat yang sama. Ini adalah salah satu cara untuk memastikan platform ini benar-benar fokus kepada komuniti. Dengan menambah topik diminati, pengguna lain yang menziarahi profil seseorang mudah untuk mengenalpasti butiran mengenai perwatakan dan keperibadian seseorang.
Kemudian, setiap topik yang terpapar turut boleh ditekan untuk membuka laman khas memaparkan bebenang perbincangan mengenai topik berkaitan. Ciri ini masih dalam peringkat ujian, dan belum pasti bila ia akan diedarkan kepada umum.