Carian
Warner Bros. Akan Menggantikan DVD Rosak Yang Dibeli Pada 2006 Ke 2009
March 10, 2025 Fahim Zahar

Penggunaan media dalam format fizikal sudah semakin pupus. Zaman sekarang, pengguna tidak lagi menggemari menonton video atau mendengar muzik dengan kaset, CD dan banyak lagi. Terbaru, mereka yang masih memiliki cakera video digital Warner Bros. Home Entertainment boleh menuntut ganti jika DVD masing-masing rosak.

Walau bagaimanapun, ia hanya terkesan pada tahun 2006 ke tahun 2009. Warner Bros. akan menggantikan dengan DVD baharu atau DVD kandungan lain dengan nilai lebih kurang sama. Berdasarkan laporan, permohonan cakera video digital ganti ini adalah percuma dan pihak Warner Bros. ada cara tersendiri menyemak kesahihannya.

Ini adalah satu perkara yang sangat murni dilakukan oleh sebuah syarikat konglomerat. Pengguna yang mempertahankan hak kandungan milik sendiri selepas ia dibeli pasti akan menghormati apa yang Warner Bros. lakukan dan mungkin tidak dilakukan oleh pihak lain.

Komen