TikTok dibenarkan beroperasi semula di Amerika Syarikat pada 20 Januari lalu selepas Presiden Trump melanjutkan tempoh jualan platform media sosial ini sehingga 75 hari. Antara pihak yang menyatakan minat ingin membeli TikTok ialah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh MrBeast. Hari ini Presiden Trump mengesahkan terdapat empat kumpulan yang ingin membeli TikTok.

Beliau tidak mendedahkan nama keempat-empat kumpulan ini tetapi sekadar mengatakan kesemuanya tawaran mereka adalah baik. Beliau juga memberikan petunjuk pengumuman siapa yang berjaya membeli TikTok daripada Bytedance akan dilakukan dalam masa terdekat. Trump ingin mengharamkan TikTok sejak 2019 sebelum ia akhirnya diharamkan oleh Presiden Biden selepas ia gagal dijual kepada entiti yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Jualan dilakukan kerana terdapat akta di Amerika Syarikat yang mengharamkan aplikasi yang dibangunkan di negara luar ditawarkan kepada pengguna Amerika Syarikat. Ini semua bermula selepas Amerika Syarikat mendakwa China menggunakan aplikasi seperti TikTok untuk mengintip pergerakan rakyat Amerika Syarikat. Bytedance sudahpun beberapa kali menafikan dakwaan ini.