Dengan iPhone 16, trend memperkenalkan butang fizikal tambahan pada telefon pintar mula menjadi ikutan. Oppo Find X8 Pro sudah ada, Samsung Galaxy S25 butang kuasa adalah butang AI dan Nothing Phone (3a) pula dengan Essential Key. Akan datang, selepas langkau pada Xiaomi 15 – Xiaomi akan menambah butang tambahan pada Xiaomi 16.

Fungsi butang ini tidak dijelaskan tetapi dikhabarkan akan berada di sisi tengah. Peranti turut akan direka agar menjadi lebih ringan, selain turut mempunyai kemampuan mengendalikan haba dengan baik. Sumber menjangka, jika butang ini ditambah – 100mAh kapasiti bateri akan dikurangkan pada peranti. Sumber mengharapkan butang ini adalah untuk pelbagai fungsi dan tidak terhad kepada hanya AI atau kamera sahaja.
Xiaomi 15 mungkin tidak menyertakan butang ini kerana menggunakan rekaan lebih kurang sama sejak Xiaomi 12. Untuk Xiaomi 16, sumber menyatakan ia mungkin akan dilancarkan pada sekitar bulan Oktober nanti. Sama-sama kita nantikan.