Carian
Wawasan Open University Bekerjasama Dengan Industri Untuk Perkasa Kepakaran Semikonduktor Dan Pembuatan
March 10, 2025 Aman

Wawasan Open University kini telah memeterai perjanjian dengan tiga syarikat dalam usaha memperkasakan kepakaran semikonduktor dan pembuatan, di Pulau Pinang. Untuk tujuan ini, WOU memeterai perjanjian dengan tiga syarikat iaitu TT Vision Technologies Sdn Bhd, Oppstar Technology Sdn Bhd dan Clarion (Malaysia) Sdn Bhd.

Dibawah kerjasama ini, WOU akan menjadi rakan kerjasama utama dalam pembangunan kemahiran bagi ketiga-tiga syarikat berkenaan, termasuk untuk melatih 200 profesional teknikal dan kejuruteran dengan kemahiran kritikal selari keperluan masa kini. Langkah ini dijayakan dengan mengintegrasikan perspektif industri dalam kurikulum.

Kerjasama ini juga selari dengan inisiatif Pulau Pinang untuk membangunkan tenaga kerja mahir dalam sektor teknologi tinggi seperti semikonduktor, automasi, dan elektronik automotif. WOU juga akan menyediakan Sijil Profesional yang disesuaikan dengan industri.

Selain ketiga-tiga syarikat ini, Wawasan Open University juga sedang giat bekerjasama dengan pelbagai syarikat dari sektor-sektor berbeza, dalam memperluaskan inisiatif peningkatan kemahiran, sekaligus mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai pusat inovasi dan kepakaran berteknologi tinggi.

Komen