Carian
Penapis Air Acerpure Aqua WP3 Tersedia Di Malaysia Dengan Harga RM799
March 10, 2025 Amy Maizuraa

Acer telah melancarkan penapis air terbarunya Acerpure Aqua WP3 di Malaysia. Ia bersaiz kompak dengan berat hanya 2kg menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam ruangan yang kecil. Ia juga menawarkan isi padu air diantara 150ml hingga 500ml. Di samping bukan sekadar boleh menapis air tetapi memanaskan air hingga lima suhu pemanasan (55°C hingga 95°C) yang ditetapkan.

Ia mempunyai penapis DCF empat lapisan termasuklah 400 lapisan gentian nano-aluminium dan karbon aktif untuk penghasilan air yang bersih. Selain itu menggunakan struktur kristal nano-aluminium bersama teknologi canggih yang mampu menapis sehingga 99.9% bakteria dalam air. Acerpure AQUA WP3 juga diperakui oleh NSF dan SGS 27 untuk memastikan kualiti air sentiasa terjaga dan mematuhi keselamatan antarabangsa.

Acerpure AQUA WP3 dijual di Malaysia pada harga RM799. Namun jika anda membuat tempahan awal dari 10 hingga 16 Mac 2025, penapis air ini boleh dimiliki pada harga diskaun RM499.

Komen