Sudah sekian lama sistem operasi iOS yang menguasakan iPhone tidak membawa perubahan pada antaramuka. Kali terakhir kita melihat perubahan drastik pada antaramuka iOS adalah pada ioS 7 yang lepas.
Terbaru, mengikut laporan Bloomberg, Apple merancang untuk memperkenalkan perubahan besar pada antaramuka iOS melalui kemaskini iOS 19 yang akan datang pada tahun ini. Perubahan antaramuka ini akan meliputi peranti iPhone, iPad dan juga pada komputer riba Mac melalui MacOS.
Ia dikatakan sejumlah elemen akan berasaskan kepada VisionOS, dan Apple akan membawa perubahan pada rekaan ikon, menu, aplikasi, tetingkap, dan sebaaginya. Perubahan ini dijangka menyasarkan pengguna lebih mudah untuk mengawal peranti mereka berbanding sedia ada.
Apple kebiasaannya akan mengadakan acara tahunan WWDC sekitar Jun, dimana kita mungkin melihat terlebih dahulu rekaan yang akan ditawarkan mereka melalui kemaskini antaramuka ini.