Carian
Indonesia Mengarahkan Grab Untuk Beri Bonus Perayaan Kepada Pemandu Seru-Pandu
March 11, 2025 Aman

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto kini telah mengeluarkan arahan kepada syarikat seru-pandu seperti Gojek dan Grab di Indonesia, untuk memberikan bonus perayaan kepada para pemandu seru-pandu dibawah mereka, bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba.

Di Indonesia, terdapat sekitar 250,000 penghantar seru-pandu yang aktif, selain 1.5 juta yang bekerja secara sepenuh masa dalam arena sama. Sebelum ini, penyedia perkhidmatan jarang mengambil kira rakan penghantar dibawah mereka sebagai pekerja syarikat, sekaligus tidak membayar sebarang bonus perayaan dan lain-lain. Dengan arahan daripada kerajaan  Indonesia, hal ini akan mengubah kaedah berkenaan.

Menyentuh mengenainya, Grab mengatakan pengiraagn bonus akan dilakukan berasaskan kepada beberapa perkara, termasuk pencapaian, tempahan yang telah berjaya diselesaikan, kadar menyelesaikan tempahan, penilaian pemandu, dan juga tempoh masa aktif.

Kerajaan Indonesia menyasarkan dengan arahan pemberian bonus ini, ia sekaligus akan memastikan mereka yang bekerja dalam arena seru-pandu ini akan dapat menyambut dan meluangkan masa ketika Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan baik.

Komen