Cari @ Amanz

Gemini Kelak Boleh Mengesan Acara Dalam Gmail Untuk Ditambah Ke Google Calendar

Link Copied!

Gemini di dalam Gmail kini semakin baik. Google baru-baru ini mengumumkan kemas kini kepada Gemini yang terbina di dalam Gmail. Jika sebelum ini ada butang merumuskan emel, terbaru adalah butang untuk menambah acara terus ke Google Calendar.

Gemini kini boleh mengesan butiran acara yang mungkin terdapat di dalam mana-mana kandungan emel. Jika dikesan, butang Add to Calendar akan muncul dan pengguna boleh tekan untuk terus ia ditambah ke Google Calendar. Gemini turut akan memberi pengesahan kepada pengguna yang acara telah ditambah.

Apa keistimewaan ciri ini? Bukankah Gmail sudah ada ciri mengesan acara? Dengan Gemini, selepas tekan butang tambah acara ke Calendar – pengguna boleh sambung berbual seperti tanya mengenai lokasi, meminta pendapat mengenai parkir, atau turut boleh bersembang mengenai arahan selok-belok dan trafik. Ciri ini akan diedarkan kepada semua pengguna secara berperingkat bermula hari ini sehingga 10 April nanti.


Komen ()