Carian
Tiga Episod Andor Kini Boleh Ditonton Percuma Di YouTube
March 11, 2025 Effi Saharudin

Musim kedua siri Andor akan ke udara pada bulan April. Sempena musim baharu yang cukup dinantikan oleh penonton, Disney+ menawarkan tontonan tiga episod Andor musim pertama percuma di YouTube. Dengan penawaran ini Disney+ mungkin ingin meningkatkan minat orang ramai untuk melanggan bagi melihat apa yang berlaku seterusnya.

Andor ialah antara siri yang menerima pujian dan kritikan positif daripada penonton dengan ia disenaraikan sebagai antara 10 yang mendapat tontonan tertinggi di Disney+ pada tahun 2022. Tidak seperti siri Star Wars lain di Disney+, plot Andor adalah lebih serius kerana disasarkan untuk penonton yang lebih matang.

Bagi mereka yang tidak mempunyai langganan Disney+ Hotstar atau sebelum ini tidak tergerak untuk menonton Andor. Anda boleh menonton tiga episod pertama ini secara percuma bermula hari ini menerusi laman YouTube rasmi Disney+.

Komen