Cari @ Amanz

Sony Menguji Watak Permainan AI Untuk PC Dan PlayStation

Link Copied!

Sejak dua tahun lepas kita boleh lihat yang teknologi kecerdasan buatan generatif turut berkembang sehingga ke industri permainan video. Banyak syarikat dan pembangun telah mengacah watak tidak boleh dimainkan atau NPC yang lebih interaktif dan seakan bernyawa. Terbaru, Sony dilaporkan turut menguji teknologi yang sama untuk permainan video PlayStation mereka.

Tangkapan layar demo yang telah dipadam

Dalam video rasmi yang kini telah dipadam, Sony memperlihatkan watak Aloy dari permainan Horizon Forbidden West. Aloy versi AI ini dilihat boleh bersembang bersama pemain ketika dari dalam permainan video. Prototaip watak AI ini dilihat mempunyai cara bercakap yang semula jadi serta emosi wajah yang meyakinkan. Sony dikatakan menggunakan teknologi tersendiri seperti Mockingbird, model bahasa raya OpenAI GPT-4, Llama 3 dan juga teknologi AI Sony tersendiri Emotional Voice Synthesis (EVS).

Aloy dari Horizon Forbidden West ini diuji pada permainan untuk PC, tetapi dikatakan turut boleh diintegrasikan ke dalam permainan untuk PlayStation. Buat masa ini hanyalah projek pembangunan awal dan tidak pasti jika ia akan diberikan kepada pengguna akan datang. Adakah anda ingin cuba berinteraksi dengan watak permainan tidak boleh dimainkan?


Komen ()