Carian
Pengguna BlueSky Kini Boleh Memuat Naik Video Sehingga 3 Minit
March 11, 2025 Effi Saharudin

Jika anda seperti saya telah meninggalkan laman Twitter dan berhijrah ke Bluesky, hari ini ada berita baik untuk anda. Bluesky kini akhirnya memberikan sokongan muat naik video sehingga 3 minit. Sebelum ini panjang video maksimum di Bluesky hanyalah 1 minit. Ciri baharu ini diberikan menerusi kemas kini aplikasi ke versi 1.99.

Selain video lebih panjang, Bluesky turut memperkenalkan inbox baharu untuk mesej peribadi yang memudahkan anda menerima atau menolaknya. Anda akan menerima notifikasi untuk membaca DM yang diterima daripada akaun yang tidak dikenali.

Seterusnya pengguna boleh membisukan akaun tertentu yang anda mungkin tidak mahu muncul di susur masa aplikasi. Akhir sekali antaramuka baharu yang lebih mesra tablet turut diperkenalkan bagi pengguna Bluesky versi web.

Komen