Aplikasi BIMB kini menambah sebuah ciri khusus bersempena dengan Hari Raya menjelang tiba, iaitu fungsi untuk tukar “Duit Raya”. Menggunakan aplikasi BIMB, pengguna boleh melakukan permohonan pertukaran wang, dan seterusnya mendapatkan duit raya dalam tukaran yang diinginkan.
Untuk melakukan permohonan, pengguna hanya perlu ke aplikasi BIMB, dan seterusnya memilih menu khusus, “Jom Tukar Duit Raya”.

Pada halaman berkenaan, pengguna akan ditawarkan dengan borang permohonan, dimana anda perlu mengisi maklumat berkaitan sebelum mengambil duit berkenaan. Bagi penukaran wang kertas ini, pengguna perlu menukarkan paling minima RM100.
Selepas melakukan permohonan, pengguna seterusnya perlu menantikan pengesahan sebelum boleh ke cawangan berdekatan dalam mengambilnya. Pengesahan permohonan dijangka mungkin mengambil masa beberapa hari.
Bagi anda yang menggunakan aplikasi BIMB, boleh melakukan permohonan hari ini melalui aplikasi BIMB. Tempahan ini dibuka sehingga 14 Mac 2025.