Samsung Galaxy A56, A36 dan A26 Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM999
Effi Saharudin
Tiga peranti siri Galaxy A, Samsung Galaxy A56, Galaxy A36 dan Galaxy A26 hari ini dilancarkan secara rasmi Malaysia. Ketiga-tiganya dilengkapi 6.7″ dengan perbezaan terletak pada pilihan cip pemproses dan juga konfigurasi kamera utama. Sungguhpun begitu ketiga-tiganya masih diberikan sokongan kemas kini 6 versi Android dan tampalan sekuriti selama 6 tahun.

Samsung Galaxy A56 dilengkapi skrin 6.7″ Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Exnynos 1580, memori 8GB RAM, dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 45W berwayar. Kamera utama pula terdiri daripada sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 12MP dan makro 5MP. Di hadapan pula kamera 12MP digunakan untuk swafoto.

Samsung Galaxy A36 juga dilengkapi skrin 6.7″ Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 6 Gen 3, memori sehingga 8GB RAM, dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 45W berwayar. Kamera utama pula terdiri daripada sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 8MP dan makro 5MP. Di hadapan pula kamera 12MP digunakan untuk swafoto.

Akhir sekali Samsung Galaxy A26 juga sekali lagi dilengkapi skrin 6.7″ Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Exynos 1380, memori sehingga 8GB RAM, dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 25W berwayar. Kamera utama pula terdiri daripada sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 8MP dan makro 2MP. Di hadapan pula kamera 13MP digunakan untuk swafoto.

Ketiga-tiganya juga menggunakan sistem operasi One UI 7 berasaskan Android 15, mempunyai speaker stereo dan kemampuan kalis air IP67, sokongan Circle to Search, Best Face, Nightography dan Object Eraser. Hanya Galaxy A36 dan A26 masih dilengkapi bicu audio 3.5mm.
Di Malaysia harga jualan ketiga-tiga peranti kelas pertengahan ini adalah seperti di bawah. Harga promosi akan ditawarkan dari 8 hingga 31 Mac 2025.
| Model | RAM + Storan | Harga | Harga Promosi | Warna | Promosi |
| Galaxy A26 5G | 6+128GB | RM 1,199 | RM999 | Black Mint Peach Pink | e-voucher RM100 Ganda storan bernilai RM200 Jaminan 1 tahun bernilai RM129 Potongan 30% dengan pembelian Galaxy Watch, Buds, Tablet atau aksesori |
| 8+256GB | RM 1,399 | RM1,199 | |||
| Galaxy A36 5G | 6+128GB | RM 1,499 | RM1,299 | Awesome Lavender Awesome Black Awesome White Awesome Lime | |
| 12+256GB | RM 1,699 | RM1,499 | |||
| Galaxy A56 5G | 8+128GB | RM 1,999 | RM1,799 | Awesome Lightgray Awesome Graphite Awesome Olive Awesome Pink | |
| 12+256GB | RM 2,199 | RM1,999 |