OPPO Smooth Legend Cup 2025 Kini Berlangsung Di Sunway Pyramid Dengan Ganjaran Bernilai RM17,500
Amy Maizuraa
Oppo dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) telah mengumumkan kerjasama menarik untuk tahun 2025. Mereka sedang menganjurkan acara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Sunway Pyramid, yang berlangsung dari 11 hingga 16 Mac 2025.

Acara ini merupakan sebahagian daripada Kejohanan OPPO Smooth Legend Cup 2025 di mana pasukan terbaik dari seluruh Malaysia akan bersaing untuk merebut gelaran juara kebangsaan. Selain itu, pemenang akan berpeluang untuk mewakili Malaysia dalam Grand Final APAC yang akan diadakan di Jakarta.


Acara ini turut menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuklah wang tunai bernilai RM17,500, peranti Oppo Reno13 Pro, 350,000 berlian dalam permainan, dan barangan eksklusif MLBB. Tempat pertama akan membawa pulang wang tunai RM10,000 bersama 150,000 berlian dalam permainan, lima unit Oppo Reno 13, lima unit kad Gold Screen, dan lima unit barangan eksklusif.

Tempat kedua pula berpeluang membawa pulang wang tunai RM5,000, 70,000 berlian dalam permainan, lima unit kad Gold Screen, dan lima unit barangan eksklusif. Manakala, tempat ketiga akan menerima wang tunai RM3,000, 30,000 berlian dalam permainan dan lima unit barangan eksklusif MLBB.

Pasukan juara dari setiap negari akan berkumpul di Jakarta, Indonesia, untuk Grand Final APAC dan bersaing merebut hadiah wang tunai sehingga $10,000. Setiap pasukan yang menyertai Grand Final APAC akan membawa pulang ganjaran wang tunai yang lumayan serta hadiah eksklusif.




Sepanjang acara ini, pembelian untuk siri Reno13, Find N3 dan Find X8 layak menerima hadiah eksklusif MLBB. Selain itu, Oppo juga menawarkan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk beg galas, payung dan lain-lain.