PSSR ataupun PlayStation Spectral Super Resolution merupakan teknologi penaiktarafan resolusi yang digunakan pada konsol Sony PlayStation 5 untuk membolehkannya menggerakkan permainan video pada resolusi 4K.

Mark Cerny, Ketua Arkitek di PlayStation telah mengatakan bahawa tidak lama lagi, konsol terbaru mereka, Sony PlayStation 5 Pro akan menerima kemaskini kepada ciri PSSR ini dengan bantuan daripada teknologi penaiktarafan resolusi dari AMD, iaitu AMD FSR 4.
Beliau mengatakan bahawa konsol PlayStation 5 Pro tampil dengan kuasa yang mencukupi untuk keperluan memproses bingkai menggunakan teknologi HSR 4 ini, dan ia kini dilihat sebagai satu keperluan kerana keperluan grafik tinggi yang hadir dalam permainan-permainan yang dilancarkan sekarang dan di masa akan datang. Ia dijangka bahawa kemaskini ini akan diperkenalkan untuk konsol PlayStation 5 Pro pada 2026 kelak.

Buat masa ini, beliau berharap bahawa lebih banyak permainan-permainan video PlayStation akan memanfaatkan ciri PSSR sedia ada, sementara kemaskini terbaru tersebut dibangunkan. Sokongan FSR 4 ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada kerjasama Project Amethyst dengan AMD, dimana Sony bukan sahaja dilihat membangunkan teknologi Super Resolution, tetapi juga optimasi untuk ciri-ciri grafik lain seperti Ray-Tracing dan sebagainya.