NVIDIA telahpun melancarkan sejumlah kad-kad grafik GeForce RTX 5000 terbaru mereka yang terdiri daripada GeForce RTX 5090 hinggalah ke RTX 5070, dan kesemuanya rata-rata dilihat sebagai kad grafik berkuasa yang boleh menggerakkan permainan komputer ke resolusi 4K tanpa begitu banyak masalah.
Terkini, NVIDIA akhirnya dijangka akan memperkenalkan siri kad grafik kelas pertengahan pula dengan penawaran kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5060 Ti, GeForce RTX 5060 dan GeForce RTX 5050. Kopite7Kimi, peniris maklumat komponen yang dikenali untuk butiran-butiran yang tepat telah meniriskan butiran mengenai ketiga-tiga kad grafik ini.
Bermula dengan NVIDIA GeForce RTX 5060 Ti, ia akan menggunakan GPU GB206-300 yang mempunyai 4608 teras CUDA dengan pilihan memori GDDR7 16GB dan GDDR7 8GB dan hadir dengan TDP 180W.

Untuk kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5060, ia menggunakan cip grafik GB206-250 dengan 3840 teras CUDA dengan memori GDDR7 8GB dan mempunyai TDP 180W.
NVIDIA GeForce RTX 5050 dilancarkan dengan cepat untuk pertama kalinya, dan merupakan satu-satunya kad grafik dalam siri ini yang menggunakan memori GDDR6. Dari segi spesifikasi, kad grafik ini menggunakan GPU GB207-300 dengan 2560 teras CUDA dan 8GB memori GDDR6.
NVIDIA dijangka akan memperkenalkan kad-kad grafik ini pada bulan ini, dan ia akan mula diijual pada bulan hadapan. Setakat ini butiran seperti kelajuan GPU tidak diketahui lagi.