JBL telah melancarkan dua pembesar suara baharu iaitu JBL Flip 7 dan JBL Charge 6. Kedua-duanya hadir dengan fungsi baharu AI Sound Boost yang menurut JBL, boleh memberikan pengalaman audio yang lebih baik. Di samping itu, kedua-dua pembesar suara ini direka dengan rekaan yang tahan lasak.

Kalau diikutkan, AI Sound Boost bukanlah teknologi baharu tetapi pertama kali digunakan dalam barisan Flip dan Charge. Ia boleh mengoptimumkan output audio dengan menganalisis isyarat melalui algoritma kecerdasan buatan (AI) untuk kualiti bunyi yang lebih baik. Melaluinya, pembesar suara ini juga boleh menyesuaikan bunyi mengikut jenis muzik yang dimainkan.

Pembesar suara ini juga menyokong audio lossless melalui USB-C dan berbilang pembesar suara melalui Auracast. Selain itu, ia menampilkan subwoofer yang dinaik-taraf, berserta susun atur butang yang direka dan boleh ditetapkan semula. Bateri disediakan boleh bertahan lama selama 14 jam untuk Flip 7 manakala Charge 6 pula memberikan hayat bateri 24 jam dengan Playtime Boost.