Carian
Meta Dilaporkan Sedang Menguji Cip Melatih AI Pertama Rekaan Mereka
March 11, 2025 Effi Saharudin

Meta dilaporkan sudah memulakan ujian ke atas cip melatih kecerdasan buatan (AI) pertama buatan mereka. Cip yang dibangunkan dengan kerjasama TSMC ini ialah antara usaha Meta untuk mengurangkan pergantungan kepada cip keluaran NVIDIA yang digunakan mereka sekarang bagi tujuan mengurangkan kos operasi. Syarikat media sosial nombor satu dunia ini telahpun melaburkan puluhan bilion ke atas pusat data latihan AI setakat ini.

Proses ujian ialah fasa pertama untuk melihat kemampuan cip yang direka dengan ia dijangka mengambil masa sehingga 6 bulan untuk diselesaikan. Eksekutif Meta sebelum ini dipetik berkata cip di bawah siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) ini akan mula digunakan untuk melatih model AI seawal 2026 sekiranya semua berjalan lancar.

Sebelum ini dua cip siri MTIA telah digunakan untuk menguasakan kecerdasan buatan yang memberikan saranan kandungan di susur masa Instagram dan Facebook. Kedua-duanya juga dihasilkan menggunakan teknologi 7nm dan 5nm TSMC.

Komen