Carian
OpenAI Telah Membangunkan Sebuah Model ChatGPT Yang Bijak Dalam Penulisan Kreatif
March 12, 2025 Aman

Penulisan kreatif merupakan salah satu perkara yang mempunyai cabarannya tersendiri, dimana pelbagai perkara perlu disusun dengan baik selain mengintegrasikan idea yang kreatif dalam menghasilkannya. Sehingga kini, pelbagai model kecerdasan buatan janaan mempunyai cabaran dalam menghasilkannya.

Terbaru, CEO OpenAI berkongsi menyatakan mereka telah membangunkan sebuah model yang pintar dalam penulisan kreatif. Model ini masih belum ditawarkan kepada umum lagi, dan masih pada peringkat ujian dalaman.

Daripada contoh yang dikongsikan CEO OpenAI, ia memperlihatkan model berkenaan mengetahui permintaan, dan menjana cerita yang sesuai dengannya. Ia tidak diketahui sama ada model ini bijak dalam penulisan kreatif berbahasa Inggeris sahaja, atau turut boleh melakukan penulisan dalam bahasa lain, termasuk Bahasa Malaysia.

Pihak OpenAI masih tidak menyatakan bilakah model baharu ini akan ditawarkan kepada umum.

Komen