Google merupakan antara syarikat yang melakukan pelaburan pada pelbagai syarikat lain, termasuk Anthropic, iaitu salah satu firma memfokuskan kecerdasan buatan dan sering diposisikan sebagai pesaing OpenAI.
Mengikut perkongsian terbaru, ia dilihat Google mempunyai pegangan sekitar 14% pada Anthropic. Secara keseluruhan, Google telah melabur melebihi $3 bilion pada Anthropic.
Selain Google, antara syarikat lain yang turut melakukan pelaburan tinggi pada Anthropic, sehingga $8 bilion. Namun, tidak diketahui lagi, berapakah peratusan pegangan oleh Amazon pada Anthropic.