Carian
Pinterest Akan Mula Melatih Model AI Menggunakan Kandungan Pengguna
March 12, 2025 Aman

Pinterest kini mengemaskini polisi privasi untuk perkhidmatan media sosial berkenaan, menyertakan klausa baharu mengatakan akan “melatih, membangunkan dan menambah-baik teknologi seperti model pembelajaran mesin, tanpa mengambil-kira bilakah sesuatu Pins itu dikongsikan”.

Dengan langkah ini, Pinterest memberi petanda mereka akan menggunakan pelbagai kandungan sejak Pinterest dimulakan dalam melatih model AI mereka. Pinterest mengatakan akan turut menyertakan pilihan untuk mengecualikan data seseorang pengguna daripada melatih model AI mereka, dan perlu ditetapkan seseorang pengguna Pinterest melalui halaman tetapan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada Pinterest akan menggunakan model berkenaan untuk penggunaan platform tersebut sendiri, atau turut melesenkan ia kepada pihak ketiga. Pinterest akan mengaktifkan polisi baharu ini berkuat-kuasa 30 April 2025 kelak.

Komen