Carian
Butiran Komputer Desktop Acer Nitro 50 Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 5060 Tertiris
March 12, 2025 Nazrin

Komputer desktop Acer Nitro 50 merupakan komputer desktop gaming Acer mampu milik yang secara lazimnya tampil dengan spesifikasi kelas pertengahan. Terkini, Acer nampaknya akan mengemaskini komputer desktop tersebut dengan komponen-komponen terbaru, berdasarkan butiran spesifikasi terbaru yang tertiris baru-baru ini.

Melalui sebuah kedai komputer di Perancis, spesifikasi komputer desktop ini dapat diperlihatkan, dimana ia menggunakan cip pemprosesan Intel Core i7-14700F dengan 32GB memori DDR5 terbina bersama-sama storan SSD 1TB.

Lebih menarik lagi ialah penggunaan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5060 yang hadir dengan memori GDDR7 sebanyak 8GB. Perkara ini dilihat selari dengan laporan kami semalam berkenaan spesifikasi kad grafik tersebut yang tertiris baru-baru ini.

Siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5060 mungkin akan diperkenalkan pada bulan ini, dan mula dijual pada bulan hadapan. Jangkaan kami ialah Acer Nitro 50 akan diperkenalkan sekitar acara Computex pada pertengahan tahun ini, dan kemudiannya akan dijual tidak lama selepas itu.

Komen